Akhirnya,najwa pulang juga ke kampung menaiki bas setibanya di bandar Najwa menaiki Teksi perjalanan yang agak jauh megambil masa yang agak lama untuk sampai ,sambil berangan-angan nak jumpa sangat-sangat ibunya..setibanya di rumah melihat sawah di situlah tempat Najwa selalu menemani ibunya semasa di kampung,anak mata melihat juga basikal Najwa waktu dulu masih di simpan rapi ,mata memandang lagi pada bunga-bunga yang di tanam oleh ibunya masih segar di ingatannya.
"MAK,mak..oh mak...pangil beberapa kali tak di jawab sesiapa pun,Najwa memangil Ayie tak di jawabnya juga..tiba-tiba terserempak dengan Ana kebetulan lalu di situ..
Ana menegur,Najwa..bila balik?tanya Ana gerak geri anak matanya jelas sekali masih sembunyikan sesuatu..
"Baru kejap tadi,Ana ada kau nampak mak tak,Ayie erm "tanya Najwa
"Ada,'' jawab Ana yang rasa serba salah..
"kat mana Ana,kat kebun ke?hah ...entah kat sawah kut, cepat le hantar tak sabar ni nak jumpa..
Tiba-tiba suasana tukar menjadi pilu Ana memberitahu
"Mak Lijah dah meningal baru semalam "...
"Ya Allah,.. menitis air mata di situ terus Najwa berlari-lari di tempat di mana tempat di kebumikan mak Lijah melihat Ayie ada di situ...Sambil menangis ..
orang kampung melihat Najwa sambil mengeleng kepala pada Najwa namun tak di hiraukanya.tetap berlari sehingga sampai ..
"makkkkkkkkkkkkkkk.!!..mak , maafkan Najwa mak..mak bangunlah tengok apa Najwa bawa balik ni"tersungkur Najwa pada pusara ibunya...
segengam ijazah yang di janjikan dulu pada ibunya akhirnya tidak sempat di lihat oleh Mak Lijah.
Najwa menangis dan terus menangis tidak pedulikan sesiapa pun,Ayie memegang bahu Najwa ..
"kak sabar ,kak...." Ayie memeluk Najwa cuba untuk tenangkan Najwa.
"mak dah tinggalkan kita Ayie...mak dah tak ada, tak sempat akak nak minta ampun , apa lagi tak dapat berikan segulung Ijazah ini,makkkkk!! bangunlah.." balas Najwa sambil menolak Ayie ,sedaya upaya cuba tenangkan Najwa namun, tetap begitu...
"sabar Najwa, Sabar" Ana cuba tenangkan Najwa ..namun tak di endahkannya...
~TAMAT~
KLIK DI SINI BAB 9 : http://850510.blogspot.com/2014/05/bab-9novel-sinar-najwa.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)