BAITUL MAQDIS
Baitul Maqdis ini di berikan apabila islam menguasai kota itu yang bermakna" rumah suci" selain itu juga ia dikenali al-Quds asy-Syarif.Baitul Maqdis adalah nama sebelum islam dapat menguasai kota jerusalem ini.Rasulullah sendiri ketika menceritakan peristiwa israk dan mikraj yang di alaminya juga telah menamakan Baitul Maqdis,Orang-orang Quraisy yang mendengarkannya termasuk Abu Jahal juga faham tentang Baitul Maqdis.
Antara sabda baginda Rasulullah berkaitan nama kota itu:"Apabila aku selesai melaksanakanya aktiviti di Baitul Maqdis .Aku di naikkan( dimikrajkan)"
Pernah di ceritakan bahawa ketika Nabi berada di Masjid Al-Haram ,Abu Jahal bertanya :
"Adakah sesuatu khabar?"Nabi menjawab "ya"
Abu Jahal bertanya lagi : apa itu?" Nabi menjawab : aku telah di Israkkan ke baitul Maqdis?"
Abu Jahal bertanya lagi dengan memperli"ke Baitul Maqdis" Nabi menjawab "ya."
Di dalam Al-Quran Baitul Maqdis di panggil sebagai Ardhul Muqadssah yang ertinya tanah suci(surah al-maidah ayat 23) cerita ini membuktikan bahawa sebelum islam menguasai kota itu ,namanya terkenal dengan Baitul Maqdis dalam kalangan bangsa Arab.
Baitul Maqdis juga merupakan kiblat pertama pada zaman Nabi Muhammad s.a.w .Ketika Rasulullah s.a.w dan para sahabat -sahabatnya menunaikan solat.mereka menghadap Baitul Maqdis di malam Israk Mikraj yang berlaku pada pada tahun ke sepuluh selepas Nabi Muhammad diutus menjadi Rasul atau tiga tahun sebelum peristiwa Hijrah.
Dari al Baraa bin Azib bahawa perkara yang di lakukan oleh Rasulullah s.a.w apabila sampai di madinah ialah menemui datuk dan neneknya di kalangan Ansar dan baginda bersembahyang mengadap ke arah Baitul Maqdis selama 16 atau 17 bulan.Sembahyang dengan tempoh itu sehingga Allah swt menurunkan wahyu untuk mengubah kiblat ke arah kaabah .
Perubahan kiblat ini terjadi pada bulan syaaban atau Rejab pada tahun ke 2 hijrah setelah berdirinya Daulah islamiyah di Madinah ,Firman Allah s.w.t bermaksud:
"Dan dari mana sahaja kamu berangkat atau berada.maka palingkanlah wajahmu ke arah masjid al-Haram,"(surah Al- Baqarah:150)
TEMPAT PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ
Nabi s.a.w telah melakukan perjalanan malam dari Baitul Maqdis(al Quds)bertolak dari masjid Al-haram .Makkah dan kemudian dari Baitul Maqdis melakukan Israk Mikraj ke langit tujuh. Masjid al-Aqsa adalah tempat bermulanya mikraj Nabi .Kisah Israk dan Mikraj ini kaya dengan tanda-tanda dan isyarat yang menunjukkan ketinggian kedudukan masjid al-Aqsa ,di sanalah malaikat jibril mengikatkkan Buraq iaitu haiwan ajaib yang menjadi alat pengankutan Rasullulah s.a.w dari Makkah ke baitul Maqdis.
Buraq tersebut di ikatkan di sakhrah hingga Rasulullah s.a.w kembali dari perjalanannya yang terakhir bermula dari Masjidil Aqsa menuju ke langit yang paling tinggi di sidaratul Muntaha.Baitul Maqdis adalah kota yang diberkati dan mendapatkan pengiktirafan tinggi dalam Al-Quran. Al-Quran sudah menggariskan kedudukan baitul Maqdis sebagai barakna haulahu atau barakna fiha (pada 4 tempat dalam Al-Quran) iaitu "bumi yang diberkati di sekelilingnya" atau "bumi yang diberkati padanya".
Ia adalah bumi Israk sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran pada surah al Isra' ayat yang pertama .Ia adalah bumi anbiya ,tempat di mana para rasul diutus ,Ia adalah bumi yang dimuliakan sebagaimana yang di sebutkan oleh Nabi s.a.w dalam beberapa hadisnya berkaitan as-syams(negeri syam).
Lantaran itu,sebagai umat islam yang mendukung Al-quran sebagai panduan hidup ,sewajarnya kita menggembleng tenaga,idea dan harta untuk memastikan bumi suci ini kembali ke tangan islam sepenuhnya,Umat islam tiada masa lagi untuk berbalah sesama sendiri sedangkan saudara sendiri tertindas di bumi yang suci dan mendapat pengiktirafan daripada Allah..berdoalah kepada Allah agar sejahterakanlah bumi Islam ini dengan penuh kedamaian..
~ Alhamdullilah~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)