SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

DI SAAT AIR MATA RASULULLAH MENANGIS....



ALHAMDULLILAH..

Sangat bersyukur kepada Allah swt membenarkan kita ada di alam dunia ini,kita di hidupkan dan di matikan dengan izinnya,kita di pinjamkan jasad dan nyawa untuk beberapa ketika yang telah di peruntukkan olehnya,malah kita sendiri tidak tahu bila tiba masanya hal itu ,Allah SWT adalah sebaik-baiknya pengatur..jangan fikir diri kita semata -mata untuk akhirat tapi fikirlah untuk hari esok masih adakah bekal untuk hari esok sudah cukupkah kita untuk bekalan di akhir nanti dan pastinya esok belum tentu kita ada di dunia ini...

Ambilah contoh yang  terdekat  dan juga idola kita semua umat islam ,manusia yang sungguh di pandang tinggi dan di sanjungi Rasulullah s.a.w ,hidup baginda penuh dengan saat -saat yang megembirakan ,tidak kurang juga yang menyakitkan di mana sekali megundang air mata .Ini juga menandakan baginda juga seorang manusia biasa.

Kegembiraan baginda adalah apabila kita sebagai umat islam menjalani hidup yang sesuai dengan jalan yang di tinggalkanya.
kesedihan baginda ialah apabila menyasikkan umatnya tersasar jauh dari jalan yang di tinggalkanya dan mengikuti jejak langkah syaitan laknatullah.

AIR MATA RASULULLAH

"Wahai Rasulullah mengapa anda menangis?
bukankah anda melarang menangis?

Baginda menjawab :
"Wahai Ibn Auf ,sesunguhnya tangisan itu adalah rahmat ,barang siapa yang tidak memiliki kasih sayang maka dia tidak mendapatkan kasih sayang."

kemudian baginda melanjutkan sabdanya

"sesunguhnya mata boleh berlinang ,hati juga boleh berduka namun kita hanya boleh mengucapkan yang diredai oleh Rabb kita.Wahai Ibrahim ,sungguh kami sangat bermuram durja kerana berpisah denganmu."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Dalam riwayat lain Anas  menuturkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda  ertinya :
"Zaid megambil panji peperangan kaum muslimin kemudian ia terbunuh ,lalu panji di ambil alih oleh Abdullah bin Rawahah dan dia pun terbunuh,kemudian di ambil alih lagi oleh Ja'afar dan dia juga terbunuh."kedua mata Rasullulah s.a.w berlinang air mata ,setelah itu panji di ambil oleh Khalid bin Walid tanpa adanya penyerahan sebelumnya ,namun melalui tanganya Allah Subahanahu wa taala memberi kemenangan ."
(Riwayat Al-Bukhari)

Dalam riwayat Ibn Abbas Radhiallahu anhu di sebutkkan bahawa ketika zainab puteri Rasulullah s.a.w  wafat maka sebahagian kaum wanita ada yang menangis,maka ketika Umar mahu memukul para wanita itu dengan cemetinya Rasulullah s,a.w mencegahnya kemudian baginda bersabda ertinya:

"sabar wahai Umar ! kemudian kamu semua para wanita hendaklah berhati-hati terhadap teriakkan syaitan !Baginda lalu melanjutkan sabdanya ertinya apabila hanya berasal dari mata dan hati maka itu daripada Allah dan merupakan rahmat.Lalu baginda melanjutkan sabdanya lagi Apabila hanya berasal dari mata dan hati maka itu daripada Allah  dan merupakan rahmat,namun jika itu daripada Allah dan merupakan rahmat ,namun jika itu dari tangan dan mulut maka ia adalah daripada syaitan."
(Riwayat Ahmad).

~waallahu a'lam ~


kisah yang baik untuk kita kongsikan jom lawati blog ini..








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)