SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

BAB 2:NOVEL SINAR NAJWA

           Malam melangkah berganti siang, terasa sedikit kegelisahan pada Najwa dan esok pasti mengetahui keputusan SPM ..adakah ianya lulus cemerlang? titik..tanda soal.
Pagi yang begitu indah suasana yang sejuk awal-awal lagi dah bangun solat subuh bermohon  agar segalanya di permudahkan.
            Seawal jam 9.00 pagi Ain datang menjemput Najwa dengan sebuah Motosikal Kriss Modenas .
"wah,cantik moto?"Najwa memerli
"Baru keluar dari kilang semalam haha..babah aku yang belikan semalam.."balas Ain.
"wah,bertuah kau Ain apa yang kau nak mesti dapat"balas Najwa.
"EH,banyak cakap pulak dia cepatlah naik hihi..nah kau bawa?"
"Eh,eh perli ke apa nie kalau dah boleh bawa dah lama dah aku bawa kau pergi ronda-ronda"
haha..
ketawa mereka sambil mengusik antara satu sama lain..
"Mak,Najwa pergi dulu "sambil mencium tangan maknya.
"ye lah,hati-hati bawa motosikal tu Ain"balas Mak Lijah.
"Ye lah, makcik"balas Ain sambil tesenyum simpul manis seorang gadis kulit putih kuning langsat.
setibanya di sekolah ramai pelajar memerhati Najwa dan Ain ,perasan pulak Ain..
"Kenapa ni macam ada tak kena ja nie,eh Ain kau tengok muka ni ada tak kena ka ha?"usik Najwa
"ok,ja tak ada masalah pun"balas Ain
      Mereka bergegas ke dewan untuk megambil keputusan peperiksaan, dalam hati sentiasa berkobar-kobar apatah lagi risau di dalam lubuk hati masing-masing,suasana bermacam-macam ragam ada yang gembira,ada yang masam di campur pelbagai suka dan duka .
lalu Ain dan Najwa menghulurkan kad pengenalan dan slip peperiksaan di serahkan masing-masing
terasa takut  pulak hendak membukanya
mengeletar..
cikgu Farah dan Guru besar datang menyapa
"Tahniah"
"Tahniah buat awak Najwa dan Ain,you all the best student "
lalu di buka slip peperiksaan SPM masing-masing..
"hah,wei rasa tak percaya ,Alhamdulilah"... lulus dengan cemerlang,rasa gembira dan terharu di saat itu air mata Najwa mengalir di saat itu tanda bukti kejayaan beliau kepada ibunya dan rakan-rakan yang lain biar pun kehidupan susah melawan Arus tetap bersemangat memperjuangkan demi SPM.
BERGEGAS PULANG
   Setelah selesai mengambil keputusan Najwa dan Ain cepat-cepat pulang untuk memberitahu berita gembira pada Mak Lijah
"mak,mak,oooo mak"pangil Najwa.
di cari dalam rumah tak ada ke mana mak ni mungkin di sawah agaknya,
"mak,mak "pangil Najwa lagi
"ya, mak kat sini ni"sahut mak
tengah menyemai anak benih padi ..
laju langkah kaki Najwa pergi ,melangkah alur satu demi satu..
tiba-tiba Najwa memeluk mak Lijah sambil tunjukkan slip peperiksaan ,di lihat mak Lijah dengan berasa besar rahmat Allah,syukur ALHAMDULILAH ya RABB.
penuh dengan perasaan terharu...
" jom balik,hari ini mak masak sedap-sedap tau..Najwa mengajak maknya pulang
ye lah..balas mak Lijah..

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%
     Hari demi hari sepucuk surat demi sepucuk surat pangilan universiti datang tanpa di duga cuma tak tahu yang mana satu yang harus di pilih timbul di sebalik kerisauan mampukah ibu menangung yuran kemasukkan universiti nanti jumlah pula banyak bukan sedikit..

         Pasti Ain dapat surat tawaran ,ahh..mesti tahu nie..sambil tangan meletak di atas dahi memikirkan dia dan Ain apa akan jadi semestinya Ain akan cepat dapat tawaran dengan mudah dia kan anak orang senang, minta apa pun semua dapat tak lah macam aku ni,,jauh lebih beza..
sikap Najwa yang sering membeza -bezakan dia dan Ain walaupun kenal rapat

fuhh.. Najwa .mengeluh panjang

kenapa dengan kau Najwa ?tanya Mak Lijah

balas Najwa luahkan sedikit kerisauan ,"entah lah,mak Najwa fikirkan mampukah mak nanti nak bayar yuran Najwa nanti,tak apa mak Najwa ingat nak kerja dulu sambil-sambil kumpul duit nanti bolehlah teruskan pengajian kat Universiti nanti ?

sambil-sambil melihat telatah Ayie adiknya .

ISH,jangan cakap mcm tu mak ni kan biar anak belajar tinggi tak apa asalkan mak nak lihat anak berjaya bab duit tu jangan risau ada la  sikit-sikit mak simpan..terasa sebak juga mak Lijah bila anak si gadis terpaksa berengang walaupun sebelum ini tak pernah berpisah dengan anak gadisnya itu walaupun sekejap.

lihatlah betapa besarnya pengorbanan ibu yang tiada siapa-siapa mengharap lagi ,hanya hidup menemani anak-anak tanpa suami...berusaha mencari nafkah ,seorang yang cekal dan tabah dalam mengharungi kehidupan....itulah sifat yang ada pada Mak Lijah..

ye ke mak..alhamdullilah..sambil mengankat ke dua belah tangan tanda kesyukuran..besok atau lusa daftar dan minggu orentasi harap-harap mak ikut sekali masa pendaftaran nanti..balas Najwa

ye lah..sahut mak Lijah

bersambung...