SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

TIPS TANGKIS SIFAT EGO



Ego hanya boleh di ukur melalui perasaan dalaman ,orang lain tidak dapat mengukur atau menilai sejauh mana ego kita kecuali diri sendiri.Oleh itu hanya kita sahaja yang boleh merubahnya untuk memperbetulkannya kembali.Ada ego yang kita nampak dan ada yang tersorok,paling bahaya ialah mengunakan platform agama untuk menunjukkan kehebatan dan kebesaran diri .
     Harus di ingat!!Ego yang menghantui seseorang akan melenyapkan segala kebaikkan dan meringgankan timbangannya pada hari akhirat kelak .

5 kelompok orang yang tidak memiliki sifat ego:

  • seseorang yang memiliki hati yang lembut
  • percaya pada diri
  • jujur pada diri sendiri sebelum jujur pada orang lain
  • sering mengaudit diri.Andai ada perasaan ego,ia segera di tangkis dan bersikap terbuka untuk menerima nasihat
  • boleh berkongsi kasih sayang ,perasaan dan ketulusan dari hati bukannya bersandarkan ego.
Ego yang menebal boleh menjarakkan seseorang dengan mereka yang berada di sekelilingnya,ego juga membuatkan dia terawang-awang dalam dunia sendiri ,sedangkan hakikatnya dirinya tidaklah sehebat yang di rasakan ,ini kerana ego yang membelenggu diri ,seseorang itu akan merasakan dia lah yang paling sempurna dan hebat ,bijak,berwibawa dan sebagainya .
     sedikit Tips tangkis sifat  Ego agar sama-sama kita sentiasa bermuhasabah diri :

  • sering mengigati Allah ,tidak hanya mengira bilangan zikir tetapi menghayatinya dengan ikhlas

  • Apa sahaja yang kita lakukan sama ada baik atau buruk mesti kembali kepada Allah

  • Belajar melatih diri agar tidak mudah tersentap apabila tidak di puji ,sebaliknya tidak selesa dengan pujian kerana yang layak menerimanya hanyalah Allah.

  • latih diri agar tidak mengharapkan pujian apabila berbuat kebaikkan,tetapi mengharapkan doa daripada yang menerimanya .Ini kerana orang yang suka di puji ,egonya semakin tinggi.

  • belajar melakukan sesuatu dengan ikhlas dan kerana Allah,Dengan itu,andai kita tidak dapat pujian kita tidak akan kecewa

  • Apabila kita belajar menjadi hamba Allah ,kita akan di bayar oleh Allah,bukan selain daripadanya.Ia akan mendidik kita menjadi jujur dan tulus 

  • cari seseorang yang lebih baik daripada kita ,bukan sahaja cendiakawan tetapi juga ulama

  • Belajar bagaimana cara untuk mendiamkan diri ,cari jalan penyelesaian untuk membolehkan kita menjadi seorang  yang sikap merendah diri dan tulus.contoh,sekiranya mahu menegur seseorang tegurlah ayat yang positif dan baik.Dengan cara ini mereka lebih terbuka menerima teguran kita.

  • Dalam konsep psikologi kini,andai mahu merubah diri seseorang ,kita mesti mengubah hatinya terlebih dahulu,Andai hatinya berubah ,dengan sendiri dia turut berubah

  • orang yang tiada perasaan ego ,nasihat yang di berikan nasihat kepada seseorang datang daripada dirinya sendiri dan orang akan menerima nasihat itu

  • Sikap keakuan akan membentuk diri agar mementingkan diri,tanpa di sedari ia akan merosakkan kita .Budaya ini akan memisahkan pegangan agama sedangkan pegangan agama mementingkan kejujuran serta rendah diri

  • mereka yang mempunyai pengalaman dan pegangan agama yang tidak seberapa ,tetapi bersikap serta tahu dan meningi diri ialah satu jenayah yang menunjukkan keegoan.

  • sepatutnya gunakan landasan agama untuk kita lebih bersikap merendah diri kepada Allah,bukanya menunjuk-nunjuk apa yang kita miliki

  • untuk mengetahui seseorang itu benar-benar tulus atau sebaliknya ,ia boleh di lihat daripada sikap yang di tunjukkan .Misalnya ,dia memberitahu di hadapan orang lain yang dia telah memaafkan mereka yang pernah menganiayainya .Orang yang ikhlas tidak akan mendedahkannya kepada orang lain kerana itu menjadi rahsianya dengan Allah.Kesanya lebih jelas kerana ia datang dari hati.
p/s:
 PRAY MH370 SEMOGA CEPAT DI TEMUI DAN BERADA DI DALAM KEADAAN SELAMAT