sue lebih suka buat sendiri kek daripada beli..kadang-kadang beli tak berapa nak urmm. yang penting ikut selera masing-masing tiada paksaan ..famili tak berapa suka lebih baik buat sendiri rasa tak muak sangat...asalkan nampak ringkas dan sedap..
maaf pic tak ok..bila dah nak potong baru nak ambil foto.. |
resepi krim kek:
1 sudu teh perasa Vanila
1 sudu teh pewarna
250 gm marjerin
200 gm gula aising
1/2 cawan air sejuk(dalam peti ais)
SEDIKIT PUTIH TELUR (terpulang nak letak ke tak)
cara-caranya:
putar marjerin sehingga kembang
MASUKKAN PUTIH TELUR
masukkan gula aising dan pukul lagi
kemudian masukkan air sejuk sedikit demi sedikit
akhirnya masukkan perasa vanila dan pukul hingga rata dan adunan menjadi putih
kek coklat lembab.. sue cuba resepi Blog Laman Sutera by ozie Mahsa, hihi.. memang menjadi terima kasih kak ozie klik di sini ..http://ziemahmud.blogspot.com/2013/10/resepi-kek-coklat-lembabmoist-chocolate.html
Note:kena pandai main speed Hand mixer speed rendah dan seterusnya speed 5 berulang-ulang..
-ALHAMDULLILAH,SELAMAT MENCUBA~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)