SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

RESEPI:KEK CAWAN COKLAT KUKUS

~assalamualaikum~






hasilnya   nak letak krim lebih pun boleh..ikut kesukaan masing-masing..juadah ni sesuai juga buat juadah untuk berbuka puasa.



BAHAN-BAHAN :

1 1/2   cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp bicarbonate soda
3 biji telur 
gula 1 cawan
1 sudu besar mentega
1 cwn serbuk koko di bancuh dengan air panas 
perasa  esen coklat
3 sudu besar susu pekat 
 2 sudu susu cair  




CARA-CARA:
Didihkan air dalam kukusan,Terlebih dahulu 
  1. pukul mentega ,3 biji telur dan gula sampai kembang dan gula hancur 
  2. masukkan esen vanila ,susu pekat,susu cair gaulkan lagi
  3. selepas gaul semuanya sebati masukkan  1 cawan serbuk koko yang di bancuh dengan air panas tadi  gaulkan lagi..
  4. Masukkan tepung gandum,baking powder dan bicarbonate soda  di ayak  gaulkan ..
  5. selepas sebati adunan tadi masukkan ke dalam acuan apom (tuangkan dalam 1/2 acuan saja jangan penuh sebab nanti kek ni akan naik sendiri kalau penuh mungkin kek nanti akan pecah..tak cantik pula..
  6. kukus selama 45 minit dengan api sederhana  




kek ni memang kesukaan masyarakat kini kalau hari jamuan ke apa kalau takde memang tak sah..dah jadi makanan wajib le pulak kan..yang pasti anak-anak suka.

~SELAMAT MENCUBA~      




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)