SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

CERPEN*DAH JODOH TAK KEMANA*

CERPEN
"*DAH JODOH TAK KEMANA*,"
    


"pejam-pejam celik -pejam celik dah sampai bulan 12 rupanya,sedangkan aku rasa baru je masuk bulan satu .Bila masuk bulan 12 terasa waktu cepat masa berlalu"..mengeluh wani.
awak ok ke?? lembut suara itu kedengaran ,Aku menoleh ke belakang,,ALAMAK!! safuan ..malunya..
hmmm..aku tersenyum tawar mengangukkan kepala,tidak berdaya hendak bercakap lidah ni tiba-tiba je kelu,peristiwa sebentar tadi masih di benak fikiran,wani mengeluh."ish macam mana dia boleh ada kat sini??tanya di benak hati wani.

       gulp..wani menelan air liurnya melihat keluarga safuan memenuhi ruang tamu di samping keluarga tersayang,,terdengar serba sedikit perbicaraan mereka semua
"apa yang tak dak jodohnya kaklong  tu..safuan dah lama tunggu kita bila lagi nak berbesan??"
 berbesan sentak hatiku, rupa-rupanya keluarga safuan datang merisik..ahh mana mungkin baru je kenal sehari dua..boleh ke??bisik hati wani.

"awak tak menyesal ke safuan"pertanyaan wani masih ragu manakan tidak baru je kenal belum kenal hati budi dah bawa keluarga datang merisik.
"ah..buat apa nak menyesal dah awak pilihan hati saya mana mungkin akan menyesal "ujar safuan..
muka wani kemerahan malu lalu berlari ke dapur menyediakan minuman
makngah dan maklong sudah berbisik sesama mereka sambil sesekali menjeling  kepada wani.selesai saja perbincangan keluarga safuan berangkat pulang..
"macam mana wani setuju ke mak tengok safuan tu elok perangainya budi akhlaknya bagus pandai hormat orang tua..kau dah umur meningkat dah masanya tiba untuk kahwin"ujar mak.
adik mula menyampuk.. elok sangat kaklong kahwin sampai bila lagi nak membujang..??
ishh..budak ni kan aku cilikan mulut tu...
mak abah ..tersenyum.
"Cuba lah fikir elok-elok bukan senang nak dapat suami macam tu ustaz lagi tau lagi pun sambil-sambil mengajar dia jadi imam muda kat masjid kampung tu."ujar ayah.

"baiklah ayah dan emak biar wani fikir dulu ye kalau dah ada jodoh tak ke mana kan .".jawab wani dengan nada lemah.
Dia bingkas bangun dan kebetulan saat itu ,matanya berlaga dengan ibu seulas senyuman di hulurkan supaya ibunya tidak dapat meneka gundah di hati,lalu wani masuk ke bilik sambil berbaring .Lama juga termenung mengenangkan nasib diri nya.Bukan dia tidak keinginan untuk bertemu jodoh seperti orang lain tetapi dia tidak tahu bila tibanya masa akan tiba..

"wani,wani,oh wani..kenapa kau berkurung dalam bilik ni kenapa dah berjam aku panggil tak dengar ke.?.'
suara yang memanggil nama mematikan lamunan wani..
kau kenapa wani??tanya liza
tak dak apalah..jawab wani nada mengeluh
terima je lah apa nama erk..emm hah ustaz safuan..sentak liza
ehh kau ni kau yang lebih kaulah kahwin..
ehh janganlah macam tu wani..kau nak tahu tak wani?
Allah dah menetapkan siapa jodoh kita tapi jangan kau lupa Allah juga suruh berusaha.."ujar liza panjang lebar
.wani diam dan mengeluh betul juga kata liza ada kebenaranya .dia sememangnya lebih gemar menghabiskan masa terluang di rumah.

                                            ~~@@@@@@@@@@@@~~~

      setibanya malam wani mengaktifkan facebook  sekurang-kurangnya dia dapat meluaskan pergaulan.lagipun rata-rata kenalan facebook adalah kawan kenalan satu kampus dulu.aneh..tiba-tiba ada add friends masuk tanda kenalan 
soal selidik rupa-rupanya safuan.Rasanya dia sudah gila kali ini..tak sangka safuan boleh mengenali wani di situ..
     tiba-tiba sebaris nama mendebarkan 
''safuan"
masa itulah wani mengenalinya dan menjadi kawan dalam masa sebulan sudah mengenali antara satu sama lain..

          Masa berlalu begitu pantas hari demi hari ,hari ini adalah sejarah kerana dia sudah bergelar isteri kepada seorang lelaki dan menerima merisik dan hari ini dia bergelar isteri kepada Safuan.
wani memandang ibunya penuh perasaan kasih dan sayang  dan jelas terukir kebahagiaan pada raut wajah wanita berusia itu..dan sekilas melihat wajah ayah yang begitu gembira walaupun amat jelas riak wajah mereka melepaskan si dara ini..walaupun perkenalan singkat betapa indahnya bercinta selepas nikah..
         Akhir sekali ,wani memandang wajah suami tercinta,Safuan tersenyum membisikan di telinganya.
"wani ,terima kasih sayang kerana sudi menerima abang.Abang janji takkan sia-siakan sayang." wani membalas senyuman suaminya itu dengan semanis mungkin.
"Ya Allah,aku bersyukur padamu kerana telah memberikan jodoh yang aku rasakan sangat terbaik dan dapat menerima aku seadanya .Mungkin ada hikmah engkau perkenalkan aku dan dia melalui jalan singkat ini.Aku bersyukur dan aku akan menjaga masjid yang terbina ini dengan menjadi isteri yang mithali dan solehah tentunya ke jannah mu Allah."bisik hati wani.

                                               ~TAMAT~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)