SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

SIFAT HATI YANG DIMURKAI ALLAH

SIFAT HATI YANG DI MURKAI ALLAH


Ketahuilah saudara ku sahabat handai yang di kasihi...
kurniaan hati kepada makhluk  ciptaan Allah S.W.T yang bergelar insan adalah satu nikmat yang sangat 
besar.Setiap perbuatan insan,akan didahulukan dengan gerakan atau lintasan hatinya.Sukar untuk insan hidup dalam keadaan  yang bahagia dan gembira jika tidak di kurniakan oleh Allah S.W.T iaitu sekeping hati yang tenang.

             Punca utama kerosakan hidup seseorang sebagai mukmin ialah hatinya yang dalam kegelapan  dan tidak di sinari NUR ALLAH S.W.T. tahukah kamu mengapakah sukar bagi cahaya petunjuk tersebut meresap dalam hati mereka? maka antara sebab utama ialah hati tersebut telah di murkai oleh ALLAH S.W.T.

ketahuilah saudara ku sahabat handai yang di kasihi,
demi mencapai kesempurnaan,kita juga harus mengetahui dan memahami sifat-sifat hati yang di murkai ALLAH S.W.T bagi mengelakan kita daripada tergolong salah satu daripadanya.
  1. Hati yang lalai serta leka.
  2. Hati yang keras 
  3. Hati yang membeku
  4. Hati yang tidak malu bermaksiat
  5. Hati yang tidak terpaut dengan pembacaan kitab.

HATI YANG LALAI SERTA LEKA
      Firman Allah s.w.t dengan jelas mengingatkan kita jangan mengikut jejak langkah kaum-kaum terdahulu yang telah di azabkan oleh Allah s.w.t atas sebab kelalaian mereka mengingati nya.Peringatan tersebut dapat di lihat melalui firmannya yang bermaksud :

"Dan janganlah engkau turuti kaum-kaum yang kami (ALLAH) Telah lalaikan hati mereka daripada mengigati kami.Lalu ianya tunduk kepada hawa nafsunya,maka jadilah urusannya itu sia-sia belaka (tiada berguna)".
(surah al -kahfi :ayat 28)

didiklah hati supaya peka dan patuh dengan seruan agama Allah s.w.t. letakan tugasan pertama yang wajib di laksanakan oleh ibadah dan suruhan yang di wajibkan olehnya maka barulah hati akan tergolong orang yang bertakwa serta mendapat kedudukan yang tinggi di sisinya.


HATI YANG KERAS
 Amat bahaya bila hati kita sampai ketahap ini.
Firman ALLAH S.W.T :
"Allah telah megunci (menutup ) hati mereka ,begitu juga(di tutup) akan pendengaran mereka dan juga di tutup penglihatan mereka,dan bagi mereka seksa yang pedih."
(surah al-baqarah)

Inilah akibatnya apabila Allah menutup pintu hati insan dari menilai kebaikan,mendengar peringatan dan melihat kebenaran.oleh sebab itulah hatinya tidak pernah lembut dalam memperingati Allah S.W.T. maka menyebabkan di murkai olehnya.Sebaliknya hati yang beriman akan sentiasa dalam keadaan yang sangat lembut dan tenang.sifat hati ini telah di tunjukan oleh Rasullah s.a.w sendiri,iaitu baginda seringkali menangis saat mendengar peringatan Allah s.w.t.


HATI YANG MEMBEKU 
     Jika kita merenung secara mendalam ,kita akan mengetahui bahawa bukti kebesaran Allah s.w.t ada di mana-mana sahaja termasuklah diri kita.Lantas ucapan setinggi -tinggi pujian ke atas Allah s.w.t dengan penuh rasa rendah diri sesuai dengan status sebagai seorang hamba Allah s.w.t perihal hati sebegini lah yang akan di sayangi oleh Allah s.w.t.
      Berlawanan hati golongan yang rosak keimanan mereka.tidak bermakna langsung bukti kebesaran Allah S.W.T  Sekadar memandang atau melihat mengunakan mata ,tetapi tidak di turunkan isi penglihatan ke dalam hati untuk di jadikan sesuatu penghayatan terhadap kebesaran Allah s.w.t.
Hati mereka ini langsung tidak berasa takjub dan teruja melihat ketentuan ,kejadian mahupun ciptaan Allah s.w.t yang wujud di sekeliling mereka.Keadaan hati yang membeku sebeginilah yang hampir di  murkai  ALLAH S.W.T.


HATI YANG TIDAK MALU BERMAKSIAT
          kita sememangnya wajib  untuk bersyukur .Antara kesyukuran yang terbaik dapat di lakukan oleh kita ialah mengelakan diri daripada bermaksiat kepada Allah s.w.t.
maksiat yang dilakukan oleh manusia adalah kelemahan hati yang tipis imannya.Insan yang berani bermaksiat kepada Allah s.w.t  setelah mengunakan nikmat pinjaman Allah ,sebenarnya golongan makhluk tidak berasa malu kepadanya.ketahuilah sebab kehancuran nilai keislaman yang wujud dalam diri insan apabila di cabut rasa malu .

SABDA RASULLULAH SAW:
"sesunguhnya jika Allah s.w.t mahu menghancurkan hambanya pasti dia akan mencabut rasa malu dalam dirinya,maka kamu tidak akan menjumpainya melainkan orang itu membenci dan di benci ."

         Maka,amat malanglah jika yang membenci dan memurkai insan tersebut dan hatinya ialah ALLLAH S.W.T.



HATI YANG TIDAK BERPAUT KEPADA ALLAH
          Hati yang tidak langsung tertarik dengan kitab Allah ,jangankan mahupun membaca serta menghayati intipati kandungan al-Quran ,mendengar bacaan al-Quran pun kadang kala menimbulkan tidak selesa dalam hati mereka.Cuba kita fikirkan insan mampu mendengar alunan muzik sampai berjam-jam tanpa rasa jemu atau bosan.

RASULULAH SAW :
"Perumpamaan seorang mukmin yang rajin membaca al-Quran adalah laksana utrujjah aromanya harum dan rasanya pun manis .Adapun misalan Mukmin yang jarang membaca al-Quran ,ibarat seperti kurma kering tak beraroma ,walaupun manis terasa .Perumpamaan munafik yang membaca al-Quran bak raihanah aromanya bagus tetapi rasanya pahit .Ada pun munafik yang tidak membaca al-Quran bagaikan hanzalah ,sedikit pun tidak wangi dan rasanya pun pahit."

*Jom muhasabah diri dan sentiasa berusaha untuk menperbaiki keimanan dalam hati kita supaya di jauhi dari kebencian dan kemurkaan Allah s.w.t.*  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)