SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

SAJAK:TAK MUNGKIN BERPATAH BALIK

Damai Terindah
Bagaikan pepasir putih
Dan...
Ombak datang berlalu pergi
Airnya tak pernah kering
Begitulah kasih kita kepadanya
Allah Yang Maha Esa..
Kehidupan...
Adakala sukar dan senang sekali
Semua itu hanya abadi sementara
Rahmat Ujian..
segala takdir terimalah hati Terbuka ..
walaupun terseksa,
                Pasti ada hikmahnya..
      Biar di uji keimanan
Kerana Allah rindu kepada mu..
Rindu pada rintihan..
Rindu pada doa Mu..
Jelaslah Allah menyayangi mu..
Kadang-kadang..
Kita seperti berjalan,
Di laluan sehala di dalam kebun
Di kiri kanan ...
Adanya pohon buah-buahan,Buah-buahan yang masak ranum
Cuma di waktu itu..
hanya ada satu TIKET SEHALA
"TIKET SYURGA"...
Ketahuilah ...
Tiada apa di dalam dunia ini
Tiada Hadiah yang lebih besar
Daripada syurga..
Kalaulah ganjaran daripada Allah itu boleh di samakan dengan gaji
Gaji harian mu yang lumayan..
Maka melepaskan satu hari
Tanpa gaji satu kebodohan
kealpaan yang tidak
boleh dimaafkan..
Begitu juga syurga dan kebaikan
Setiap terlepas satu rugilah kamu
Dan tak mungkin akan berpatah balik..
apa yang ku gambarkan
Bererti cinta kepada Allah
Dan Cinta kepada Rasullulah..
ya ALLAH..
di manakah kita ini ..
hidup ini bagaikan tiada arah tujuan
masing-masing dengan kekalutan duniawi
sejauh manakah..
ya ALLAH....hanya berserah sesunguhnya kaulah maha keampunan......
ALLAH HU AKBAR...
Jika rasullulah  melihat diri kita ini pasti sedih..
malunya kita pada RASULLAH s.a.w...


untuk renungan MUHASABAH DIRI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)