SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

HUKUM PINGGAN BERSALUT EMAS DAN PERAK


MUTIARA KATA: "Jika saja dunia ini di jual di pasar ,aku tidak akan membelinya seharga sepotong roti kerana semua permasalahan yang di milikinya ."(Imam asy-Syafi'i)

semoga Allah s.w.t memberi kekuatan untuk kita menjauhi perkara-perkara terlarang ketika kita menghiasi rumah dan bermewah dalam kehidupan kita .
Dalil larangan ini berdasarkan sabda Nabi s.a.w daripada hadis di riwayatkan oleh Huzaifah bin Yaman r.a ..
"Jangan kamu pakai sutera dan ad- dibaj (sejenis sutera mahal ) jangan kamu minum bekas emas dan perak ,dan jangan kamu makan dengan pingan-pingan emas dan perak ,kerana ia (emas dan perak) adalah untuk mereka (orang-orang kafir)di dunia dan untuk akhirat kelak ".(Riwayat Bukhari dan Muslim)
        Larangan ini meliputi semua jenis pengunaan dan tidak khusus kepada makan dan minum sahaja .Larangan ini juga merangkumi larangan ke atas orang lelaki dan perempuan serta merangkumi semua pengunaan menjadikan emas dan perak sebagai bekas minuman atau mengunakan bekas-bekas yang bertampal atau bersalut emas .pandangan Imam Syafii dalam riwayat qadim mengkhususkan pengharaman pada makan dan minum sahaja .

KELONGARAN SYARAK


  1. Haram mengunakan emas sebagai tempelan atau salutan secara salutan secara mutlak sama ada kerana keperluan atau perhiasan .
  2. Harus mengunakan perak untuk menyambung bekas yang pecah dengan perak kerana keperluan waktu itu sekiranya kadarnya sedikit (SEKADAR KEPERLUAN) namun haram sekiranya di gunakan pada kadar yang banyak (menjadikan nya berbentuk hiasan)
  3. Pada keadaan di perlukan mengunakan perak pada kadar yang banyak (menjadikan berbentuk hiasan)hukumnya tetap makruh
  4. Kadar salutan yang di haramkan ialah salutan yang boleh menghasilkan emas yang menitik jika pinggan atau bahan bersalut itu di bakar atau di panaskan .kadar ini mampu di tentukan oleh pihak yang pakar dengan kadar emas.
AL-BAJURI rahimullah iaitu seorang ulama mazhab memberi contoh keperluan mendesak keharusan mengunakan bekas celak yang di perbuat daripada emas dan perak untuk mencerahkan mata jika mendapat pengesahan doktor yang benar lagi adil .sekiranya bekas perak sudah mencukupi untuk mencerahkan mata maka tidak boleh mengunakan bekas emas.
   Jesteru ,sekiranya tiada benda lain yang boleh di jadikan gigi palsu ,maka harus mengunakan gigi emas .Namun jika ada gantinya pada waktu ini maka haram mengunakan emas sebagai gigi palsu.

kegunaan  emas dan perak di masjid untuk hiasan adalah harus agar mengagungkan syiar-syiar islam dan mencampakkan kegerunan di kalangan orang-orang kafir .Jesteru harus menghias masjid dengan emas dan perak demikian juga keranda pemerintah dan tenteranya  dengan tujuan menunjukan kekuatan kerajaan islam pada had yang tidak membazir dan pada keadaan rakyat tidak melarat.

semoga Allah memberi kekuatan untuk kita menjauhi perkara-perkara terlarang ketika kita menghiasi rumah dan bermewah kehidupan kita .Hikmah larangan ini ialah supaya hati orang-orang miskin tidak kecewa apabila melihat golongan kaya bermewah -mewah menyelimuti diri dengan emas dan perak.WAALAHU A'LAM..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)