dalam masa yang sama ,Imam syafii pula menegaskan :Marah adalah salah satu di antara penahan syaitan yang megandungi racun .Oleh itu ,hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya."
Maha suci Allah menciptakan kesempurnaan alam ini dengan adanya pelbagai variasi perilaku manusia,menetapkan perkembangan fizikal mental emosi yang dapat di cipta oleh manusia.Sebagai ibu bapa janganlah terlalu mengharapkan kesempurnaan dari anak kecil berusia 3 tahun untuk selalu patuh pada peraturan kita yang kita tetapkan bah kan memukul anak ,mendera mereka .
kita mengajar anak berdisiplin ,mengemas ,,tidak bergaduh sebagainya tak salah tetapi pupuklah anak-anak itu dengan penuh kasih sayang bukan cara memarahi mereka terpekik dengan nada deras memarahi mereka ,mengertak, berteriak dan memukul anak kecil itu yang sedang proses belajar .
Rasionalkan keadaan dengan segera ! cepat-cepat kembali kepada Allah ,Istigfar dan berfikir sepositifnya.Anggap sahaja anak-anak itu masih kecil dan ini dugaan untuk kita sebagai pemikul amanah .kasihanilah mereka kerana anak-anak ini sangat memerlukan kita untuk membantu menguruskan hidup mereka .maka bantulah bukan memarahi kelemahan yang telah Allah rencanakan kepada mereka.
Cuba lintaskan di fikiran kita sifat-sifat positif yang ada pada diri si anak,cuba bayangkan bagaimana comelnya dia ketika baru di lahirkan ,matanya redup menenangkan .
Imbaskanlah waktu si anak mula belajar merangkak atau saat dia tertawa dengan sangat tulus yang membuatkan anda rasa bahagia dan bertuah menjadi ibu bapa mereka .Mengingatkan hal-hal yang baik dari anak -anak secara tidak langsung akan membantu kita meredakan kemarahan dan bertindak dengan cara lebih terkawal.
"THE RIGHT WAY TO MAKE THEM LISSEN TO YOU IS BY LISTENING TO
THEM FIRST"
Jika kita mahukan anak-anak mendengar kata -kata kita,terlebih dulu kita hendaklah menjadi pendengar baik kepada mereka.Ikhlaskan hati untuk meluangkan waktu bersama mereka dan beri perhatian terhadap apa yang mereka mahukan atau perkatakan.
Dalam usaha membentuk hati anak-anak yang lembut ,terlebih dahulu ibu bapa haruslah berlembut hati ,terlebih dahulu dan bertenang .Mensucikan hati dan rohani tidak lain tidak bukan adalah melalui penghambaan diri kepada Allah.Berdoalah memohon di lembutkan hati ,berzikirlah sebanyak-banyaknya kerana zikir itu ibarat air di kali yang mampu mengubah kerasnya batu .Zikirkan juga kepada anak seperti "YA LATIFF" ketika mendodoikan mereka .
Bacakan surah-surah pilihan dan ayat-ayat pelembut hati (niatkan untuk kita dan anak)
contohnya lazimkanlah membaca surah al-fatihah ,ayat kursi ,al-Insyirah ayat 1-5 dari surah Toha ,juga boleh di tiup pada ubun-ubun anak pada ketika tidur ,malah bila-bila masa .
Sesuli pula dengan doa yang ikhlas ,selain perlu juga hadir usaha dan kemahuan untuk berubah .Timbalah ilmu sebanyak mungkin dan ringankan diri untuk membanyakan puasa ,bersolat hajat ,juga sedekah.
BERTAWAKALLAH KEPADA ALLAH ,SESUNGGUHNYA DIALAH PEMEGANG HATI PARA HAMBA -NYA ,KEPADANYALAH KITA BERSERAH DAN KEPADANYALAH KITA MEMOHON PERTOLONGAN. MASYA-ALLAH......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)