PERISTIWA AKHIR ZAMAN
DOA APABILA KITA BERASA TAKUT MEMOHON KEAMANAN
Daripada Ummul Mikminin,Zainab binti Jahsy (isteri Rasullah s.a.w ) beliau berkata :
"pada suatu hari Rasulallah s.a.w masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan takut sambil bersabda ,La ilaha illaallah ,celaka (binasa) bagi bangsa Arab daripada kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka .Pada hari ini telah terbuka dari dinding Yakjuj dan Makjuj seperti ini," dan baginda menemukan hujung ibu jari dan hujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu baginda mengisyaratkan seperti bundaran ."Saya (Zainab binti Jahsy) bertanya : Ya Rasulallah !apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih terdapat orang yang soleh ? lalu Nabi bersabda :ya ,jika kejahatan sudah terlalu banyak ."(Riwayat Bukhari dan Muslim)
HADIS di atas menerangkan bahawa apabila suatu tempat atau daerah terlalu banyak kejahatan ,kemungkaran dan kefasikan maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu .ia bukan menimpa kepada orang yang jahat sahaja ,tetapi juga orang soleh juga akan di binasakan ,walaupun hari kiamat nanti masing-masing akan di perhitung mengikut amalan yang telah di lakukan.
hal itu ,segala jenis kemungkaran dan kefasikan hendaklah segera di basmikan dan segala kemaksiatan segera di musnahkan supaya tidak terjadi malapetaka yang bukannya hanya menimpa orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan malah menimpa penduduk yang berada di tempat berkenaan termasuk seluruh bangsa yang ada di dunia ini .
PERISTIWA KELUARNYA YAKJUJ DAN MAKJUJ
peristiwa itu akan berlaku setelah Nabi Isa a.s selesai membunuh dajjal ,membinasakan orang yahudi mematahkan salib ,membunuh khinzir, dan sebagainya ,
ramai yang keliru tentang Yakjuj dan Makjuj ini Adakah Yakjuj dan Makjuj manusia atau binatang??
nama dua makhluk ini adalah nama bagi suatu bangsa manusia.mereka berasal daripada keturunan Nabi Adam a.s dan daripada keturunan Yafust bin nuh a.s apa yang telah di sebutkan tentang sifat dan perwatakan mereka mereka megambarkan mereka seakan -akan bukan manusia hanyalah berita dari Israilliyat.walaupun kita tak pasti namun kita tetap percaya bahawa mereka itu ada dan peristiwa mereka akan keluar dari tembok tembaga yang di buat oleh Raja Zulkarnain adalah jelas di dalam Al -Quran (surah al-khafi ayat 94-99) dan beberapa buah hadis rasullallah s.a.w.
walaupun sulit akal kita untuk menerimanya tetapi ia adalah benar kerana telah di sebutkan di dalam Al-Quran dengan jelas.
*jadi bangsa yakjuj dan Makjuj ini akan keluar dari tempat tahanan mereka ,setelah mereka berjaya menembusi dinding tembaga yang telah di bina oleh Raja Zulkarnain sebagai penghalang mereka untuk keluar.
Dengan itu ,mereka tidak dapat keluar sehingga hampirnya hari kiamat nanti .sehingga pada waktu itu dinding yang kuat akan hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa itu dari kediaman mereka ,lalu kembali membuatkan kerosakan di atas permukaan bumi ini.Apabila peristiwa ini akan terjadi maka bererti hari kiamat sudah dekat sekali.
WALLAHUA'LAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)