SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

NYANYIAN ,BERZIKIR ,MENARI DALAM ISLAM..


TASAWUF

MUTIARA KATA: 
"ORANG YANG BERSUKA KATA JUJUR AKAN MENDAPATKAN TIGA PERKARA :
KEPERCAYAAN, CINTA,DAN RASA HORMAT ."
(SAYIDINA ALI bin ABI THALIB k.w.j

          As-Sima' ialah istilah tasawuf yang di gunakan bagi merujuk kepada mendengar syair -syair yang indah dan merdu yang meagungkan Allah s.w.t dan jujungan Baginda s.a.w. Pada asalnya ia di dendangkan oleh seorang penasyid utama iaitu (QAUWAL) manakala yang lain mendengar nya atau mengikutinya .
      Kini ia berkembang dan berubah iaitu ahli majlis akan berdiri di hadapan sekali bertindak sebagai penasyid yang menentukan syair dan rentak Qasidah manakala yang lain mengikutnya.
       Nyanyian tanpa unsur -unsur melalaikan (lagha) di hukumkan harus oleh para fuqaha .Bahkan nyanyian tanpa unsur melalaikan (lagha) di hukumkan harus oleh para fuqaha .Bahkan nyanyian yang bertujuan untuk merangsang kerinduan pada alam akhirat dan keghairahan kepada keredhaan Allah s.w.t.

    ANAS BIN MALIK meriwayatkan ,selepas itu UMAR AL KHATTAB  muncul dan apabila beliau melihat ada tarian dan nyanyian di dalam Masjid Nabawi ,beliau lantas megambil batu -batu kecil dan membalingkannya ke arah penari agar mereka berhenti .Apabila baginda s.a.w merasa bantahan Umar r.a ,Baginda berkata kepada UMAR r.a ",Biarkan mereka, Wahai UMAR r.a ! Biar mereka bergembira dan aku tidak suka melihat wujudnya kejumudan dalam agama ini."
     Dalam riwayat yang lain ,Baginda s.a.w di laporkan berkata kepada penari dan penyanyi Afrika dengan kata-kata ,"Teruskan dengan duff dan tarian kamu ,wahai Bani Arfidah ! agar kaum yahudi dan kristian mengetahui ada kelongaran dalam agama kita."

suara yang merdu merupakan anugerah Allah s.w.t .Baginda s.a.w sendiri memerintah agar Al-Quran di bacakan dengan suara yang elok seperti mana mafhum hadis ,"
"elokkanlah bacaan Al-Quran  dengan suara kamu .Sesunguhnya ,suara kamu yang elok akan menambahkan kecintaan Al-Quran".

~ALHAMDULLILAH~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)