SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

ORANG YANG SOLAT MALAM BERSAMA ISTERINYA


"Allah merahmati seorang suami yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan membangunkan isterinya ,lalu mengerjakan solat.Jika isterinya enggan bangun ,dia memercikkan air di mukanya.Dan Allah merahmati seorang isteri yang bangun di waktu malam ,lalu dia mengerjakan solat dan membangunkan suaminya.Jika suaminya enggan bangun ,Dia memercikkan air di mukanya,
(HR .Ahmad ,Abu Daud,Ibnu Hibban,AL-Hakim dan al -Baihaqi)

     Solat malam merupakan bentuk ketaatan yang di berkati ,ibadah yang baik ,dan termasuk bentuk pendekatan kepada Allah yang amat agung.Solat malam merupakan bekal bagi orang-orang yang ingin bertemu dengan Allah s.w.t .Dia merupakan kebiasaan orang-orang yang bertakwa dan kebanggaan hamba-hamba Allah yang soleh.Betapa indah solat malam ,ketika pada malam itu seorang hamba berdiri kerana Allah s.w.t ,mengadu dan bermunajat kepada kekasihnya.Dia meminta kucuran kurnia dari yang maha pengasih ,meminta limpahan kasih sayang dari maha pemberi kurnia .

Betapa indahnya ,ketika orang yang solat malam di lukiskan Allah s.w.t dalam di dalam al-Quran

"sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah di tempatkan di dalam beberapa taman syurga ,dengan mata air ~mata air terpancar padanya .(keadaan mereka di sana )sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang di berikan kepadanya oleh tuhan mereka.Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan .Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam ,untuk mereka tidur .Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar)pula ,mereka selalu beristigfar kepada Allah(memohon ampun)."
(QS.al-Dzariyat:15-18)

Rasullah s.a.w bersabda 
"Allah mengasihi seseorang yang bangun dari tidur malam untuk mengerjakan solat malam ."ketika dia melucuti segala kenikmatan istirehat ,lantas menghadapkan wajah nya  untuk beribadah kepada Allah s.w.t maka wajarlah sekiranya kasih sayang dan kurnia yang datang dari Allah ,yang menguasai bumi dan langit ,bertaburan di sekitar dirinya.
            Dalam hadis di atas satu hal menarik iaitu tindakan memercikkan air ke wajah orang yang tidur ,yang di lakukan oleh suami dan isteri ,sekalipun demikian sebahagian ulama berpendapat bahawa cara apa pun ,yang lebih halus dari memercikkan air ,boleh di gunakan asal tujuannya tercapai iaitu bangun dari tidur .Inilah termasuk fikah dakwah perlu kita terapkan dalam rumahtangga .Jika tidak ,pertikaian antara suami isteri akan terjadi.Pada dasarnya ,suami isteri berkerja sama ada dalam meningkatkan kebajikan dan ketakwaan ,dalam memenuhi kewajipan,menjauhi segala yang di haramkan ,melaksanakan ibadah sunat,dan meningalkan perbuatan-perbuatan yang di makruhkan.
     Dalam hadis di atas ,nampak jelas bahawa masing-masing suami atau isteri di puji dengan pujian yang sama .Hal ini selari dengan fiman Allah :"Dan para wanita menpunyai hak yang seimbang dengan kewajipan menurut cara yang makruf."(QS.Al-Baqarah:228)

Rasullah s.a.w juga bersabda:
"apabila seseorang itu membangunkan isterinya malam,lalu keduanya mengerjakan solat dua rakaat ,maka ke duanya di catat termasuk lelaki dan wanita yang selalu berzikir (kepada Allah)
(HR.Abu daud,Ibnu Hibban,al-Hakim dan al-Baihaqi)

    ~ALLHAMDULLILAH MOGA MANFAAT AGAR RUMAHTANGGA KITA SENTIASA DI BERKAHI ALLAH~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)