SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

PERMAINAN MENURUT PANDANGAN ISLAM

     


   
     

        Dalam sunnah Nabi s.a.w kita di perintahkan untuk bersukan ,antaranya memanah dan menungang kuda ,kerana mukmin yang kuat itu adalah lebih baik dan lebih di cintai Allah daripada mukmin yang lemah ,Nabi s.a.w telah memberikan izin kepada orang-orang Habsyah untuk menari dengan tombak dan pedang  ketika itu mereka di serambi masjidnya pada hari raya dan Nabi s.a.w mendorong mereka dengan mengatakan,"untuk mu wahai Bani Afidah"
          Akan tetapi  islam melarang sebahagian daripada jenis permainan yang ada kerana di anggap bertentangan dengan tujuanya dan menyimpang dari segi tatacaranya..


JENIS PERMAINAN DI LARANG DALAM ISLAM


  1. Permainan yang sangat berbahaya tanpa darurat seperti tinju dll 
  2. Permainan yang nampak tubuh wanita yang tidak halal  bagi di lihat oleh lelaki yang bukan muhramnya seperti olah raga ,renang dll kecuali di sediakan kolam renang khusus untuk wanita sahaja.
  3. permainan sihir ,dan merosakkan .Haram bagi kita mengajarkannya atau menyebarkannya.
  4. Permainan yang menipu orang demi peroleh harta dengan kebatilan
  5. Permainan beradu binatang dan menyakitinya seperti laga Ayam atau laga kambing dll
  6. Permainan berdasarkan nasib seperti undian atau yang sejenisnya,berbeza dari segi permainan yang menguji akal seperti catur dan yang sejenis dengannya di bolehkan 
  7. Permainan judi
  8. Permainan yang boleh menghinakan dan merendahkan kehormatan manusia atau menjadikan orang lain sebagai bahan ketawa
  9. Berlebihan dalam permainan yang boleh mengangu perkerjaan hariannya.
 oleh itu ,dalam islam tidak boleh mengagungkan  sesuatu permainan seperti bola sepak sehingga boleh alpa kepada Allah ,sehingga pemain bola sepak itu menjadi role model dan di  puja-puja di sesetengah negara sehingga boleh menimbulkan syirik kepada Allah,agak menyedihkan pula sekiranya sebahagian ahli pemikir dan ilmu pengetahuan tidak lagi di pandang kekuatan mereka kerana fungsi kaki seakan lebih penting daripada fungsi kepala...

#semoga kita berhati-hati dalam jua apa keadaan#

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)