SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

BERITA

petikan berita dari utusan Malaysia

KUANTAN 25 April - Seorang wani­ta yang masih dalam pantang sanggup menunggu hampir lima jam pada program Selawat Malam Cinta Rasul di sini malam tadi semata-mata mahu bertemu Habib Syech Abdul Qadir Assegaf untuk membayar nazar suaminya.
Normala Abdul Manaf, 33, berkata, suaminya, Mohd. Mirza Omar, 28, bernazar membawa anak sulung mereka, Mohd. Ikmal Rossa yang baru berusia sembilan hari untuk bertemu dengan tokoh ulama itu apabila dia dilahirkan.
"Saya sememangnya menyimpan keinginan bertemu dengannya dan apabila mengetahui anak yang berada dalam kandungan adalah lelaki, suami terus bernazar untuk membawanya berjumpa Habib Syech Abdul Qadir apabila dia lahir.
"Jadi, apabila kami dapat tahu tuan Habib Syech Abdul Qadir ada program di Kuantan malam ini, kami terus datang ke sini," katanya di sini.
Normala dan Mohd. Mirza adalah antara lebih 50,000 pengunjung pada program itu yang berlangsung di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 1.
Program yang diserikan dengan persembahan qasidah, selawat dan tausiyah itu merupakan anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan TV Al-Hijrah.
Normala berkata, Mohd. Ikmal Rossa dilahirkan pada 16 April lalu di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selepas tiga tahun melangsungkan perkahwinan.
Sementara itu, Mohd. Mirza bersyu­kur kerana nazarnya untuk membawa anak sulungnya bertemu Habib Syech Abdul Qadir tercapai.
"Saya bersyukur dapat berjumpa dengannya (Habib Syech Abdul Qadir) serta memperkenalkan anak kami walaupun pada mulanya kami berdepan kesukaran lebih-lebih lagi isteri baru sembilan hari bersalin," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)