SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

HUKUM MEMAKAI JUBAH MENAMPAKKAN BENTUK TUBUH BADAN


Assalamualaikum..
SAMPAIKANLAH WALAU SATU AYAT..........
bukan memerli cuma ingin sentuh bab nie sekali lagi kerana ia adalah sumber penting yang perlu kita ketahui,tak salah nak berjubah tapi biarlah mengikut syarak bukan semata-mata untuk menayangkan bentuk tubuh badan kita di khalayak ramai..kalau betul kita ini adalah Islam, kenapa Fesyen ini masih berleluasa??
itu bukan soalnya yang penting atas diri kita harus bijak memilih dengan gaya fesyen tak salah nak berfesyen tapi biarlah mengikut syarak dari segi menjaga aurat.




Apa nilai pada jubah sekarang ini?
sudah tidak ada bezanya. kerana orang memakai jubah tetapi masih boleh memperlihatkan bentuk badan mereka... Memang Jubah mereka labuh dan tidak menampakkan warna kulit, tetapi rekaaannya sengaja mengikut potongan badan si pemakai khususnya di bahagian dada dan pinggang. Seolah-olah mereka cuba memasukkan unsur 'ketat' dari fesyen kebaya ke dalam fesyen Jubah.

           "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka ataubapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anakmereka,atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudaramereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah An-Nur, 31)



Di sini,cuma saya ingin tegaskan FESYEN APA PUN yang kita memakai menampakkan tubuh badan (ketat) hukumnya tidak menutup aurat dan Haram memakai kalau kaum lelaki nampak.(Haram tetap Haram) pilihlah jubah mengikut syarie Islam, jangan jadikan diri anda satu kejutan budaya kerna untuk berfesyen ..

#jom muhasabah diri muslimin dan muslimat#




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)