Malah para ulama menambah lagi kelebihan rumah yang kedengaran di dalamnya bacaan Al Quran akan di datangi oleh para Malaikat menghalau syaitan ,memurahkan rezeki dan menambah kebaikan ,manakala kerugian yang tiada kedengaran bacaan Al-Quran akan di datangi syaitan ,menghalau malaikat ,menyempitkan pintu rezeki dan mengurangkan kebajikan .Semua petunjuk ini sudah cukup kita untuk kita berazam dan menanamkan azam baru ,membaiki cara hidup kita dengan berpandukan Al-Quran meriahkan rumah tangga kita dengan alunan Al-Quran dan Hafazan.
JANGAN BIARKAN SINETRON DAN DRAMA WAKTU MAGRIB
Bagi mengelakkan tingkah laku anak-anak dari terpengaruh dengan aksi dan adegan dalam drama atau sinetron tersebut.ini adalah usaha yang di lakukan oleh musuh-musuh islam daripada sumber utama mereka ,menjauhkkan umat islam daripada mukjizat Al-Quran.
Allah berfirman dalam surah al -Isra ayat 9 yang bermaksud:
"sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama islam)dan menberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal salih bahawa mereka beroleh pahala yang besar.
ayat ini menjelaskan tentang peranan al-Quran yang memberi petunjuk dan hidayah kepada mereka yang mendekati dan memahami maksud ayatnya ,menurut Ibnu Kathir ,orang yang tidak dapat petunjuk dengan al-Quran akan menghabiskan waktu dan usianya dalam keadaan yang rugi dan sia-sia ,mereka yang hidup jauh dengan al-Quran akan hidup dengan keadaan jahil ,kegelapan dan penuh kesesatan.
KASIH SAYANG
Tiada ibu bapa yang tidak sayangkan anak-anaknya ,Tunjukkanlah kasih sayang kita kepada anak-anak dengan penekanan aspek penghayatan al-Quran ketika di rumah,pastikkan kita membaca al-Quran bersama anak-anak .Sekiranya kesibukkan menghalang kita daripada bersama-sama mereka pastikan ada ahli keluarga lain yang membantu mereka membaca al-Quran .
ketahuilah tanggungjawab asasi mendidik al-Quran kepada anak-anak bermula di rumah bukan semata-mata guru agama di sekolah ,biarlah rumah kita sentiasa terpancar dengan sinar cahaya keimanan kerana ahlinya sentiasa mengalunkan bacaan al-Quran :).
#jom muhasabah diri#
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)