Alhamdullilah..
Dalam sedar tidak sedar masa berlalu sungguh pantas dan masa juga terlalu cantik kerana hari pekerja jatuhnya pada bulan Rejab juga, syukur sangat-sangat ...SELAMAT BERCUTI..semoga cuti ini kita dapat manfaatkannya seelok-eloknya bersama keluarga.
kelebihan bulan Rejab:
- Hendaklah memuliakan bulan Rejab ,niscaya Allah memuliakan mu dengan seribu kemuliaan di hari Kiamat.
- Bulan Rejab juga bulan Allah bulan sya'ban bulanku dan bulan Ramadan bulan umatku
- kemuliaan Rejab dengan malam Isra' Miirajnya dengan malam nifsunya dan ramadhanya dengan lailatul Qadarnya.
- puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi( Firdaus ),puasa dua hari di lipat kali gandanya pahala
- puasa 3 hari di bulan rejab di jadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan
- puasa 7 hari pada bulan rejab di tutup daripadanya 7 pintu neraka
- puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan menjadi orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga
- kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah kelebihan Al-Quran keatas semua kalam(perkataan)
- puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan di beri minum air dari syurga
- bulan Rejab adalah bulan Allah di ampunkan segala dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepadanya.Di ampunkan dosanya yang lalu,di pelihara Allah umurnya yang tinggal,terlepas daripada dahaga di akhirat nanti.
- Puasa pada pada awal rejab pertengahanya dan pada akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya
- siapa bersedekah dalam bulan Rejab ,seperti bersedekah seribu Dinnar,di tuliskanya pada setiap helai bulu roma dan jasadnya seribu kabajikan di angkat seribu darjat di hapus seribu kejahatan dan barang puasa pada bulan Rejab mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.
Jom kita perbanyakkan amal di bulan ini semoga Allah menerima setiap amalan kita lakukan,Alangkah manisnya apabila kita dapat menyatupadukan ibadat solat ,puasa,zikir,tasbih,tahlil,tahmid,qiyam dan bersedekah dan kebaikan lain-lainya di bulan ini .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)