1.Kubis
kubis berperanan untuk melembabkan kulit wajah..
pertama kali kisar kubis mengunakan pengisar.kemudian tapis dan perahkan kubis yg telah di hancurkan tadi untuk mendapatkan airnya sahaja.campurkan sedikit madu lebah .sapukan ke kulit wajah dan biarkan sehingga kering kemudian bilas dengan air bersih.
2.Air Kelapa
untuk melembabkan wajah yg kering bersihkan muka terlebih dahulu dengan air suam dan keringkan wajah kamu.Kemudian,ambil air kelapa sapu di wajah dan biarkan selama setengah jam.Bilas dengan air.seeloknya di amalkan 3 kali seminggu.
3.Madu Lebah
lap muka dengan air suam untuk membuka pori-pori di wajah .kemudian oles madu pada wajah selama 15 hingga 30 minit.setelah kering bilas dengan air suam dan lapkan muka dengan mengunakan tuala yg di basahkan.pasti wajah akan rasa segar dan lembab
4.Kulit kayu manis
Tumbuk kulit kayu manis hingga lumat.campurkan serbuk dengan sedikit air .kemudian bancuh bersama sedikit bedak sejuk .setelah sebati ,ratakan di bahagian yang berparut lakukan sekerap yang mungkin dan kelama-lamaan parut akan beransur hilang.petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat.
5.Daun lidah buaya
Lendir daun lidah buaya membantu memudarkan parut di wajah dan tubuh.Buang sedikit kulit daun tersebut kemudian sapu pada parut di wajah kamu sapu dengan kerap agar parut cepat hilang terutama parut yang masih baru .
6.Daun pegaga
selain di jadikan ulam daun pegaga juga berpotensi menghilangkan parut pada wajah ,caranya adalah ambil daun pegaga bersama akarnya dan cuci sehingga bersih .Kemudian giling sehingga lumat dan campur bersama sedikit bedak sejuk dan air .Lumurkan pada bahagian kulit yang berparut sebelum tidur.
7.Kentang
kentang sangat sesuai di gunakan untuk merawat kulit muka yang terbakar caranya adalah basuh sebiji kentang dan kukus sehingga kentang tersebut empuk .Kulit tidak perlu di buang hanya basuh sahaja .lenyek kentang sehingga halus ,kemudian letakkan kentang yang di lenyek pada kulit wajah yang terbakar.
8.Limau nipis
Ambil sebiji limau nipis dan belah kepada dua bahagian .Gosokkan limau tersebut pada wajah dan seluruh badan semasa mandi hasilnya kulit akan menjadi semakin cerah,licin dan harum.
9.Bunga Raya Merah
Ambil kelopak bunga sahaja dan tumbuk sehingga hancur .selepas itu sapukan kelopak bunga yang telah di hancurkan tadi pada parut di wajah biarkan sehingga kering sebelum di cuci dengan air suam .Boleh dilakukan setiap hari terutama kepada gadis yang mahukan hasil yg cepat.
10.Yogurt
yogurt tanpa rasa juga boleh di gunakan untuk menyegar melembab dan merawat jerawat di wajah gunakan ia sebagai masker dan biarkan selama 10 minit sebelum di cuci dengan air suam .Amalkan tiga kali seminggu untuk hasil terbaik.
selamat mencuba...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)