Kehidupan merupakan suatu perjalanan yang panjang dan terasa amat berat ,penuh dengan kepenatan dan kesusahan .Tidak seorang pun yang terlepas dari perasaan sedih dan rasa sakit ,meskipun ketika ia di lahirkan seakan sudah ada masa di mulutnya .kata orang...
Allah berfirman dalam al-quran yang bermaksud :
"sungguh kami telah menciptakan manusia dalam kesusahan."-(surah al-Balad:4)
Orang-orang yang beriman adalah paling banyak menghadapi cubaan dunia di banding yang lainnya,dengan melihat besarnya tanggungjawab mereka ,kerana itu semua manusia memerlukan tempat berteduh sepanjang perjalanan untuk meringankan kepenatan dan mengusir kelelahan,Di tempat itu mereka boleh tertawa,bergembira dan bersuka ria .Tidak hanya di liputi oleh kesusahan ,kesedihan dan kesengsaraan.
Antara bentuk hiburan adalah seperti Nasyid atau lagu-lagu ,lawak dan komedi atau sesuatu dapat memancing ketawa manusia,mengusir kesusahan dalam hati,menghapus kelesuan pada wajah dan sirnalah kesedihan dalam hidupnya.Tetapi agama Islam mengariskan panduan untuk berhibur agar tidak melampaui batas ,Antaranya adalah al-Nukat (teka teki humor)dalam hal ini di Mesir sangat pandai dan terkenal di seluruh dunia dengan ragam kreatif mereka berbagai bidang kehidupan ,siasah,biasanya menjadi media untuk mengkritik pemerintah yang berkuasa terutamanya bila terjadi waktunya penindasan dan tekanan politik.
salah satu kegemaran saya ialah mendengar lagu ,Jika tidak di dengar rasa hidup ini kosong kan ..betul tak??
Ada ulama berpendapat bahawa mendengar lagu haram hukumnya,Ini mungkin kerana lagu itu boleh menyebabkan kita lalai ,terdapat juga beberapa hadis Nabi s.a.w yang menunjukkan kepada haramnya nyanyian itu antara di sebutnya bahawa nyanyian itu menumbuhkan sifat nifaq dalam hati,lagipun nyanyian ini selalu di sertai dengan tarian,pakaian yang mendedahkan aurat dan sebagainya daripada perkara mungkar.
walaubagaimana pun,ada pandangan ulama yang mengharuskan nyanyian.Ini mungkin berasaskan bahawa asal sesuatu perkara dalam islam adalah harus.Mereka berpendapat bahawa tiada satu ayat Quran dan hadis pun yang menyebut bahawa haramnya lagu dan nyanyian.Jadi sebagai jalan tengah rasanya elok kita berpendirian kalau lagu itu ok tidak melalaikan tidak ada masaalah untuk mendengarnya,jika sebaliknya maka tidak eloklah kita untuk mendengarkannya.
sebagai contohnya jika lirik itu mengandungi lafaz yang tidak baik untuk di dengar ,ada lirik berunsur menyeru kepada akidah yang sesat dan batil,maka lagu seperti inilah harus kita jauhi.Ada lirik yang mengajak kepada pergaulan bebas,minum arak,seks bebas dan sebagainya maka ia juga wajib kita hindari.Ada lirik yang memuja sesuatu perkara yang mencaci agama,para nabi dan lainya,semua itu kita wajib untuk di jauhkan..
satu lagi,perkara yang penting ialah tidak keterlaluan dalam mendengar lagu .Biarlah sederhana .kalau melebihi had maka haramlah ia,hmm... makan dan minum pun di suruh dalam Al-Quran agar bersederhana apatah lagi bila mendengar muzik ,lagu,lawak,dan nyanyian .Kalau 24jam asyik mendengarkan lagu ,itu sudah melampau namanya,kalau sekadar mendengar lagu ketika membaca majalah atau akhbar atau sambil minum petang itu tak ada masalah,kalau mendengar lagu sehingga nak naik pecah anak telinga sehingga lupa orang di sekeliling lihatlah diri kita betapa lalainya kita pada waktu itu ,hormatilah jiran sebelah rumah orang sekeliling kita.,Cara persembahan hiburan juga mestilah di lihat terlebih dahulu ,kalau penyanyi mendedahkan aurat tak kiralah sama ada penyanyi atau pelakon dan lain-lain, lihatlah, kalau mendedahkan aurat ,menari pula dengan tarian mengoda,suara mengoda pula maka eloklah kita hindari.
Wallahu a'lam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)