"Dan janganlah kamu makan (atau megambil )harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah ,dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau megambil)sebahagian daripada harta manusia dengan berbuat dosa ,padahal mengetahui(susahnya ."Al Baqarah :188
Jelaslah bahawa satu larangan atau di tegah kepada umat islam agar tidak memperolehi harta secara batil atau jalan yang salah tak kiralah dari segi apa pun termasuklah riba,rasuah,menipu di dalam perniagaan dan sebagainya..penipuan mencakupi pelbagai jenis dan ke semuanya mempunyai niat yang jahat dalam mengaut segala keuntungan di antara penipuan dalam konteks perniagaan atau jual beli :
1. Bercakap bohong
Ini selalu terjadi apabila seorang peniaga atau penjual mempromosi sesuatu produk yang tidak baik dengan kata-kata yang baik ,meskipun beliau mengetahui keadaan yang sebenar ,sebagai contoh mempromosi produk tidak berkualiti dengan mengatakan bahawa produk itu berkualiti tinggi..di manakah sifat jujur dan Amanah...oleh sebab itu berlakulah eksploitasi penjual ke atas pembeli atau penguna tidak memperoleh maklumat tersebut.
2. Mencampurkan produk yang buruk dengan produk yang baik
Satu lagi kegiatan penipuan ialah dengan mencampurkan produk atau bahan-bahan yang buruk dengan produk atau bahan -bahan yang baik dan menjualnya pada suatu paras harga yang tinggi tanpa menjelaskan pada penguna .
dalam satu kisah yang berlaku pada zaman Rasullulah s.a.w yang di riwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasullulah s.a.w lalu berdekatan dengan selongok makanan lalu baginda memasukkan tangannya ke dalam longokkan itu,tiba-tiba baginda terkena sesuatu yang basah .Baginda bertanya "Apa semuanya ini wahai tuan punya makanan ?
orang itu menjawab:"terkena hujan,wahai Rasullulah,"
Baginda bersabda :Mengapa tidak kamu letak di atas supaya orang ramai dapat melihatnya .sesiapa yang menipu maka dia bukan daripada kalanganku,"(Muslim at-Tarmizi)
3. Mengelirukan pembeli tentang nilai harga produk
penipuan seperti ini berlaku apabila penjual menawarkan kepada pembeli nilai harga yang terlalu tinggi daripada nilai harga yang sebenar untuk memperoleh keuntungan dengan berlebihan .
4.Menyembunyikan kerosakkan produk
satu lagi jenis penipuan adalah dengan menyembunyikan kerosakkan atau kecacatan produk .Ini terjadi apabila produk yang rosak di pamerkan dengan cara yang akan menarik minat pembeli dengan menyembunyikan kerosakkan.
5.Memanipulasi ukuran atau timbangan produk
Dalam kes ini ,penjual akan menipu pembeli dengan memanipulasikan dari segi ukuran besar atau timbangan berat produk ,demi memperoleh keuntunggan yang tinggi.
6. Memalsukan asal usul ,atau pembuat sebenar produk
penipuan ini berlaku apabila negara asal usul atau pembuat sebenar produk di palsukan agar produk yang di jual dengan harga lebih yang tinggi.
7.Menipu tarikh luput atau tempoh sah produk
Terdapat juga penipuan dari segi tarikh luput atau tempoh sah produk ,Ini di lakukan bagi menghabiskan stok barang yang lama yang tidak laku ,penipuan ini pasti akan membahayakan pembeli sekiranya produk yang terbabit itu ubat atau makanan.
Apa yang di senaraikan di atas adalah penipuan yang sering berlaku ,hati-hati!!
islam seperti mana firman Allah s.w.t dan hadis Rasullulah s.a.w di atas melarang sekeras-sekerasnya penipuan dalam jual beli ini dan pemilikkan harta .Amaran Rasullulah s.a.w terhadap penipuan dalam urusan jual beli sangat keras sehingga tahap menafikkan seseorang itu sebahagian daripada umat baginda,lihatlah betapa baginda sangat tidak suka kepada peniaga-peniaga yang tidak jujur ini.
Adalah menjadi tangungjawab kita bersama iaitu penjual ,pembeli dan pihak berkuasa untuk memastikan keadaan pasaran yang adil ,telus serta terhindar daripada unsur-unsur manipulasi dan penindasan.
wassalam.. السلام عليكم
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)