SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

RESEPI:Agar-agar Laici layer

Resepi agar-agar laici yang sangat enak dimakan pada ketika cuaca panas. Resepi pencuci mulut yang mudah. Anda harus mencuba!
Masa:
Penyediaan: 20 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 30 minit


nyum..nyum memang sedap....


Bahan-Bahan:

  • 1 peket agar-agar kering, 28g
  • 1 1/2 cawan gula
  • 5 cawan air
  • 2 helai daun pandan
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin laici
  • sedikit pewarna rose untuk layer 

Cara Membuat:

  1. Basuh dan rendam agar-agar lebih kurang 1/2 jam.
  2. Tapis dan masukkan agar-agar ke dalam periuk bersama air, gula dan daun pandan. Masak hingga agar-agar larut
  3. Masukkan susu cair dan air laici ke dalam larutan agar-agar. Kacau seketika sehingga mendidih.
  4. bahagikan dua bekas Adan B( bahagian A letak pewarna Rose bahagian B biarkan kosong )
  5. Carikkan isi laici dan tabur di dalam loyang.
  6. Tuang adunan B agar-agar ke dalam loyang, sejukkan seketika dan masukkan ke dalam peti sejuk biarkan dalam masa agak separuh  beku  sedikit saja dan tuangkan bahagian A bahagian atas B tadi biarkan beku sedikit .(selang-seli)
  7. kemudian masukkan bahagian B terakhir kemudian biarkan beku 
  8. Apabila agar-agar sudah sejuk dan membeku, potong dan hidangkan.
makan sambil mengadap laptop le petang-petang ni...hihi..selamat mencuba...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)